Jean Piaget yang berasal daripada Switzerland bermula profesionnya dalam bidang biologi. Dia mendapat ijazah PhD pada umur 21 tahun. Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak. Dia menumpukan perhatian kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirakan antara 1925 dan 1931. Bagaimana pun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli psikologi behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental ('mental events'). Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau 'mollusks' menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utamal iatu ORGANISASI dan ADAPTASI. Organisasi ialah sifat dalaman organisme untuk bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran.
Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana kedua-dua proses ini menerangkan pembelajaran , Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:
1) Skema (Schema)
2) Asimilasi (Assimilation)
3) Akomodasi (Accomodation)
4) Keseimbangan (Equilibrium)
"From the biological point of view organisation is inseparable from adaptation: They are two complementary processes of a single mechanism, the first being the internal aspect of the cycle of which adaptation constitutes the external aspect"
[Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955).
1) SKEMA
Skema ialah struktur-struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh individu untuk mengadaptasi dengan persekitaran dan mengorganisasi persekitaran berkenaan. Skema ialah seperti fail indeks (seperti terdapat di perpustakaan) yang terdiri daripada beberapa kad dan setiap kad ini ialah satu skema. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah menurut perkembangan intelektual dan pengalaman. Ia diandaiakan seperti konsep atau kategori berkenaan sekumpulan objek, peristiwa atau sifat/ciri. Orang dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema bayi terhad dan bertambah apabila membesar.
2) ASIMILASI
Asimilasi ialah proses kognitif yang membolehkan individu mengintegrasi pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. (Iaitu, melatakkan rangsangan atau pengalaman baru ke dalam skema sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjangn masa kerana manusia sentiasa memproses rangsangan yang kian dialami dan kian bertambah. Skema adalah seperti ballon dan asimilasi ialah seumpama memasukkan angin ke dalam ballon itu. Lama kelamaan, ballon itu menjadi besar (iaitu perubahan kuantitatif sahaja) tetapi bentuknya tidak berubah (iaitu tidak ada perubahan qualitatif). Skema baru tidak dihasilkan kerana skema yang lama digunakan dan ini bermakna tidak ada perkembangan skema.
3) AKOMODASI
Apabila individu bertembung dengan pengalaman baru, dia cuba mengasimilasinya dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tidak ada skema yang sesuai. Dia ada 2 pilihan:
a) mengubahsuai ('modification') skema sedia ada untuk
menerima pengalaman baru
b) membentuk atau mewujudkan skema BARU untuk
menerima pengalaman baru.
Kedua-dua proses ini dipanggil akomodasi dan menghasilkan perubahan kualitatif dan perkembangan skema ('development of schema').
4) KESEIMBANGAN
Kesimbangan antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi individu dengan persekitaran. Tak seimbangan ('disequilibrium') ialah keadaan tak seimbang antara asimilasi dan akomodasi.
Contoh: individu yang hanya mengasimilasi dan tidak mengakomodasi akan menghasilkan beberapa skema besar sahaja. Dalam keadaan seperti ini, kebanyakkan yang diperhatikan adalah sama dan dia melihat keadaan secara umum sahaja.
Contoh: individu yang hanya mengakomodasi mempunyai banyak skema kecil. Dia tidak dapat membuat generalisasi kerana setiap pengalaman adalah skema berlainan dan dia tidak dapat menentukan persamaan dan kelainan antara skema-skema berkenaan.
Dalam kehidupan seharian kita sentiasa cuba mewujudkan keadaan keseimbangan antara kedua-dua proses kognitf berkenaan.
Peranan Baka dalam Perkembangan Kognitif
Dalam bukunya "The Origins of Intelligence in Children" (1952), Piaget mengatakan bahawa keturunan ('heredity') atau baka penting dalam penentuan perkembangan biologi dan intelektual (kognitif). Menurutnya manusia mewarisi struktur nerologi/saraf tertentu yang memudahkan atau menghalang perkembangan intelektual, tetapi dengan sendiri tidak membawa kepada perkembangan intelektual.
Selain struktur neurologi yang diwarisi, manusia dianugerah dengan Fungsian Tak Berubah('Functional Invariants') yang menentukan perkembangan intelektual /kognitif serta perbezaan individu ('individual differences'). Ini ialah proses Asimilasi dan Akomodasi yang membolehkan Organisasi dan Adaptasi. Yang dimaksudkan Fungsian Tak Berubah ialah kaedah kedua-dua proses ini 'Tak Berubah', iaitu manusia akan sepanjang hayatnya mengasimilasi dan mengakomodasi, tetapi yang berubah ialah banyak mana atau kadar asimilasi dan akomodasi yang dilakukan yang menentukan perbezaan individu.
1896-1980
Kecerdasan (Intelligence)
Menurut Piaget, kecerdasan terdiri daripada 3 komponen:
Kandungan (Content) - tingkahlaku yang boleh diperhatikan; seperti seorang kanak-kanak yang melihat dirinya sebagai penyebab semua aktiviti (iaitu, 'egocentric'). Kandungan kecerdasan berbeza mengikut umur dan antara individu.
Fungsi (Function) - merujuk kepada proses asimilasi dan akomodasi dan berlaku sepanjang perkembangan intelektual
Struktur (Structure) - merujuk kepada skema. m.s. seorang kanak-kanak yang mengatakan barisan 8 biji guli lebih banyak berbanding dengan barisan 9 biji guli, kita boleh membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai skema nombor yang lengkap.
Kebanyakkan ujian kecerdasan (intelligence tests) mengukur Kandungan (Content) dan bukan Struktur (Structure) atau skema. Ujian kecerdasan adalah pengukuran 'kuantitatif' dan bukan pengukuran 'kualitatif'. Piaget mencadangkan bahawa ujian kecerdasan harus mengukur Struktur dan Kandungan, sekiranya perkembangan kognitif hendak diukur dengan tepat.
Peranan Tindakan dalam Perkembangan Intelektual/Kognitif
(Role of Action on Cognitive Development)
Kanak-kanak perlu bertidak dengan persekitan sekiranya perkembangan intelek hendak berterusan. Individu bertindak dengan bergerak, melihat. memegang, mendengar, menghidu dan merasa. Tindakan ini membawa kepada pembentukan dan perkembangan skema melalui proses asimilasi dan akomodasi. Kanak menguasai 3 jenis pengetahuan:
Pengetahuan Fizikal (Physical Knowledge) dikuasai dengan manipulasi objek-objek dengan deria-deria. m.s. kanak-kanak yang bermain dengan pasir memahami ciri-ciri pasir yang diasimilasi dalam skema. Pengetahuan mengenai objek-objek tidak boleh dikuasai dengan membaca atau melihat gambar atau mendengar apa orang lain mengatakan.
Pengetahuan Logikal-Mathematikal (Logical-Mathematical Knowledge) hanya wujud apabila kanak-kanak bertidak ke atas objek. Bagaimana pun cara organisme itu bertindak dalam pembentukan pengetahuan logikal-matematikal adalah berlainan. Pengetahuan logikal-matematikal wujud bukan daripada sesuatu objek tetapi dibina daripada tindakan kanak-kanak itu ke atas objek berkenaan. Objek itu merupakan saluran atau kaedah yang membolehkan pembinaan itu berlaku atau wujud. Contoh: Seorang kanak-kanak bermain dengan 5 ketul batu. Bila diletak dalam satu barisan dia mengira 5, bila dimasukkan dalam kotak dia mengira 5 dan bila batu-batu itu dilonggokan dalam satu himpunan dia juga mengira 5. Lama-kelamaan, kanak-kanak itu menguasai konsep bahawa, bagaimana batu-batu itu disusun atau diletak, dia masih lagi terdiri daripada 5 ketul batu. Ini ialah, pengetahuan logikal-matematikal. Kita boleh gantikan batu-batu itu dengan pensel atau duit syiling, konsepnya masih 5.
It is like an index file consisiting of information stored in the form of cards. The adult has more more cards or schemata than a child. As the child develops, his or her schemata gradually broaden (become more generalised), become more differentiated and progressively more "adult". Eg. a child sees a horse and says "Dog". What does this mean? Assuming the child has not seen a horse before, the child places the new stimulus in the card that approximates a dog; so the child identified the object (horse) as a dog (a schema or file).
These schemata are akin to concepts, categories or cards in a file. When confronted with a new stimulus, the child tries to "fit" the stimulus into an available schema and thus called the horse a dog. He or she was not able to preceive the differences between a horse and a dog.