TEKNIK PENGUTIPAN DAN PENGUMPULAN DATA KUALITATIF (sambung......)

Teknik Temu Bual
(2) TEMU BUAL (Interview)
Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit, bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.
Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum, semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.
Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai TRIANGULASI yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu bercakap. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980);

            We interview people to find out from them things we cannot
            directly observe....
            We cannot observe feelings, thoughts, and intentions....
            We cannot observe how people organise the wjorld and
            meaning they to what goes in the world.
            We have to ask questions about those things.
            The purpose of interviewing, then is to allow us to enter
            into the other person's perspectives (hal: 196).

Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan.
Cara Melakukan Temu Bual

Berikut ini ialah panduan umum dalam temu bual proses pengajaran dan pembelajaran:
1) Mengenal pasti dan menentukan perlakuan atau tingkah laku yang
   tunjukkan. m.s. Murid kelihatan sungguh seronok berbincang dalam
   kumpulan kecil.
2) Tanya murid mengapakan sesuatu perlakuan atau tingkah laku di
   tunjukkan. m.s.

3) Seelok-eloknya, temu bual yang dijalankan dirakamkan dalam pita
   kaset serta membuat catatan tentang perlakuan bukan lisan (non-verbal
   language) yang ditunjukkan oleh murid semasa mereka ditemu bual.