BAB 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Penyelidikan (atau Kajian) Tindakan ialah salah satu kaedah penyelidikan yang kini digunakan dengan meluas dalam pendidikan. PENYELIDIKAN TINDAKAN
  • digunakan oleh guru dengan tujuan memperbaiki pengajaran mereka.
  • menggalakan guru memikirkan dengan mendalam atau mereflek tentang pengajaran mereka.
  • melibatkan pengumpulan dan pentafsiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu pengajaran.
  • berlainan daripada kaedah penyelidikan lain kerana ia bertumpu kepada penyelidik melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka.

Penyelidikan Tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa guru ialah orang yang paling memahami tentang pengajarannya dan digalakkan menggubal teori-teori mereke sendiri dan menguji teori-teori berkenaan dalam bilik darjah. Contohnya, guru yang percaya bahawa murid perlu diberi peluang memberi berfikir secara kreatif, akan mengatur pengajarannya supaya lebih ramai murid berpeluang memberi cadangan dan pendapat.
MENGAPAKAH PENYELIDIKAN TINDAKAN?
Terdapat dua sebab mengapa Penyelidikan Tindakan begitu diminati oleh guru: