Javascript is either disabled or not supported by this browser. This page may not appear properly.


















Apakah Teknologi Pengajaran?
          Teknologi Pengajaran ialah bidang yang mengkaji aplikasi pembelajaran manusia, media dan teknologi kepada perkembangan pengajaran. Bidang ini merangkumi segala teknologi tradisional dan terkini dalam mempertingkatkan penyampaian pengajaran. Teknologi pengajaran terbahagi kepada dua komponrn utama:
- reka bentuk pengajaran & media yang terlibat   dengan   aplikasi teori dan hasil penyelidikan
  pembelajaran manusia kepada amalan
  perancangan   pengajaran. Juga ditekankan
  ialah penggunaan media dalam
  mempertingkatakan keberkesanan pengajaran.
- komputer & telekomunikasi yang merupakan
  peralatan, kemudahan dan perisian yang
  digunakan untuk mempertingkatkan
  keberkesanan penyampaian pengajaran.
Tujuan
Program minor dalam bidang teknologi pengajaran bertujuan untuk:
1) melengkapkan pelajar dengan pengetahuan 
   dan kemahiran yang dapat meningkatan
   penyampaian pengajaran & latihan sama ada
   di sekolah, institusi pengajian tinggi,
   organisasi perindustrian, perniagaaan,
   kerajaan atau bukan kerajaan.
2) melatih pelajar mengkaji dengan cara
   sistematik proses pengembangan
   pengajaran.
3) memperkembangkan kemahiran
   menggunakan teknologi dalam penyampaian
   pengajaran dan latihan
Struktur Program
Berikut ini adalah senarai kursus-kursus yang ditawarkan:

Tahap 1:     (Semester I)
PPEA 1107 Asas Teknologi Pengajaran
(Principles of Instructional      Technology)

Tahap 1: (Semester II)
PPEA1106 Aplikasi Komputer dalam Pengajaran
(Computer Applications in Instruction)

Tahap 2: (Semester I)
PPEA 2101 Reka Bentuk Pengajaran
(Instructional Design)

PPEA 2106 Internet dan Pengajaran
(Internet and Instruction)

Tahap 2: (Semester II)
PPEA 2107 Multimedia dalam Pengajaran
(Multimedia in Instruction)




Tahap 3:   (Semester I)
PPEA 3110 Media Pengajaran
(Instructional Media)

Tahap 3: (Semester II)
PPEA 3111 Web dan Perangkaian Sekolah
(Web and School Networking)

Tahap 4: (Semester I)
PPEA 3102 Projek Teknologi Pengajaran
(Instructional Technology
  Project)
     Teknologi Pengajaran (Minor Ijazah Sarjana Muda)
                     (Instructional Technology)

  Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya akan menawarkan (tertakluk kepada kelulusan Senat) program 'Teknologi Pengajaran' sebagai Minor pada sesi 2001/2002 bagi pelajar yang mengikuti Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Sarjana Muda Pendidikan Islam.